Friday 15 February 2013

MESTI BACA: 8 MASALAH SELEPAS BERSALIN


Salam Mommies..
Tahniah anda selamat bersalin. Alhamdulillah bagi yang baru menjadi ibu pastinya ini saat terindah dan bagi yang mendapat anak kedua ketiga tentunya sudah tahu dan mahir dalam melalui pengalaman semasa berpantang.

Sudah tentunya pelbagai persediaan yang anda lakukan, pembacaan mengenai kelahiran dan proses bersalin serta anda juga perlu tahu apakah  antara MASALAH yang mungkin dihadapi selepas bersalin dan TIPS MENGATASI, yelah kalau tahu awal-awal mungkin langkah awal boleh diambil untuk mengelakkan masalah ini. Jom baca menambah ilmu !!! 



1) Sakit pada Faraj

Sekiranya anda mengalami episiotomi atau koyakan semada melahirkan, anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan belarutan sehingga 2-3 minggu terutama semasa anda berjalan atau duduk. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya. Jadi mommies tips ini mungkin membantu anda!!

Tip Untuk Mempastikan Luka Koyakkan Cepat Baik
  • Letak pad sejuk atau berais di sekitar tempat luka.
  • Pastikan tempat luka kering dan bersih- Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas.Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu.
  • Semasa kecing, cuba duduk  secara "squat" dan siram air suam semasa kencing.
  • Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk pastikan ia tidak terlalu tegang. Ia mengurangkan sakit dan mengelakan jahitan terbuka.
  • Duduk perlahan lahan, jaga pergerakkan punggung semasa duduk. Kalau masih sakit, guna bantal berbentuk donut untuk mengurangkan tegangan.
  • Buat senaman kegel. Ia menolong menguatkan otot pelvis. Cuba selepas sehari bersalin dengan mengemutkan otot faraj seperti tahan kencing. Buatlah 4-5 kali setiap sesi selama 40-50 kali sehari.
  • Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

2) Susah Kencing

Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat senaman kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing terjadi tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya faraj menjadi pedih dan anda kerap terasa hendak kencing setiap 1 jam ia mungkin tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Jumpalah dengan doktor ye.

3) Buasir

Sekiranya anda merasa sesuatu keluar dari dubur dan sakit setiap kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang tinggi semasa meneran yang menyebabkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang. Untuk  megurangkan rasa tidak selesa, puan disarankan menggunakan pad berais, diletak pada bahagian dubur. Sekiranya sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda disarankan berjumpa doktor. Terdapat ubat yang selamat dan boleh dimakan walaupun anda benyusu badan. Untuk mengurangkan risiko buasir, amalkan memakan makanan berfiber tinggi dan minum air secukupnya. Pastikan anda sentiasa aktif semasa hamil dan sekiranya najis keras, anda boleh meminta preskripsi doktor untuk ubat lembutkan najis.

4) Sembelit

Sembelit kerap terjadi mungkin kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau sebab sakit kerana buasir yang bengkak. Untuk mengelakan dari najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berfiber tinggi semasa pantang, dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan dengar tentang mitos orang tua pasal minum air segelas sehari dan tentang sayur sejuk sayur panas dan sebagainya. Dehidrasi dari kekurangan air sebab terlalu berpantang menyebabkan luka anda lambat baik dan air susu menjadi kurang. Sekiranya anda masih lagi sembelit selepas tip diatas, Jumpa saja doktor untuk  laksatif yang sesuai semasa pantang.

5) Sakit Buah Dada

Selepas beberapa hari bersalin, buah dada akan dipenuhi susu dengan banyaknya dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak selesa pada buah dada selalunya berakhir sebaik sahaja bayi anda mula pandai mengisap susu. Sekiranya masih bengkak, cuba perah mengunakan ‘breast pump’ yang sesuai. Anda juga boleh meletakan tuala sejuk atau suam pada buah dada untuk mengurangkan bengkak. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstan adalah selamat dan boleh dimakan walaupun anda menyusu.  Bagi mereka yang mengalami susu yang keluar terlalu banyak sampai meleleh, jangan tension pula, anggap itu satu kelebihan dan cuba gunakan pad payudara. Bila malam, cuba letakkan tuala pada buah dada untuk serapan yang lebih optimal.

6) Rambut Gugur

Semasa hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa. Walaubagaimanapun selepas bersalin rambut anda akan luruh 2 kali ganda lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi. Ini mungkin menyebabkan anda sedikit bimbang  kerana takut ia mungkin disebabkan pemakanan atau sebagainya. Tapi puan jangan risau, dalam masa 6 bulan, rambut anda akan gugur dengan kadar biasa. Sementara itu, makan makanan berzat dan elak dari mengering dan mewarnakan rambut secara keterlaluan.

7) Perubahan emosi

Selain dari perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami ganguan emosi seperti ‘mood swing’, dilanda kesedihan tak menentu, dan risau berpanjangan. Ada juga yang mengalami masalah kemurungan atau dipanggil ‘baby blues’. Ia selalunya berakhir selepas 10 hari dan dalam masa tersebut, cuba dapatkan tidur secukupnya dan mintalah pertolongan dan nasihat  dari saudara-mara atau ibu jika perlu. Sekiranya  anda merasa kemurungan semakin teruk seperti rasa tiada harapan, berjumpalah dengan doktor.

8) Perut Buncit dan Berangin

Sebaik sahaja melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak ramping dan ‘flabby’. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang hamil disebab disebabkan usus yang mengandungi angin berlebihan. Jangan risau. Keadaan ini hanya sementara kerana semua cecair badan dan lebihan lemak yang anda kumpul semasa hamil akan hilang perlahan-lahan. Selepas beberapa minggu, anda sudahpun 60-80% hampir kepada bentuk asal anda seperti sebelum hamil. Sekiranya anda menyusu badan secara eklusif, berat anda akan lebih berkurangan dengan kadar yang lebih cepat. Terima kasih kepada bayi anda.- Alam Hamil.

Mommies Mate cuba membantu anda dengan menyediakan SET BERSALIN yang membantu sepenuhnya masalah yang dihadapi selepas bersalin dan yang bestnya bagi ibu-ibu yang kurang susu semasa berpantang, Set Bersalin ini juga membantu penghasilan susu dengan lebih cepat dan meriah =)

Kandungan set ini:



Vitalea - membantu memberikan tenaga, keceriaan wajah dan menghilangkan penat dengan jadual harian yang tidak teratur
Bcomplex - membantu menenangkan dan mengelakkan stress atau meroyan
Vita c - untuk imun sistem bayi dan ibu bagi mengelakkan demam dan selsema dan mencantikkan kulit serta parut/ perubahan kulit ketika mengandung
Zinc - elemen yg sama dlm ikan haruan utk pulihkan luka dalaman dan elakkan rambut gugur
Kalsium -  utk mengelakkan sembelit dan sakit belakang dan juga sebagai MILK BOOSTER hebat..

Jika ada budget lebih ESP juga membantu penghasilan SUSU yang CEPAT serta menurunkan berat badan anda!!!


Jom kita lihat testimoni ibu bersalin yang teruja dengan Set Bersalin Shaklee





Jika mommies ingin mencuba atau bertanyakan tentang produk.

Untuk lebih TIPS EKSKLUSIF & KONSULTASI PERCUMA

Hubungi:  Sms/ Whatsapp: 019 -5235822
Add FB Chat: Nafisah binti Abdul Latif 
LIKE Fanpage: Sihat & Cergas 

No comments:

Post a Comment